Thursday, February 10, 2011

Projek Kinabalu Via - Frata Ex Kembara

Salam... Projek via frata nie.. adalah merupakan projek yang di idamkan oleh Team exkembara dari dulu lagi tapi maklum la... masa belajar kat ITM dulu duit.. tak de.. makan pun kadang bayor kadang dok ( kawan aku la bukan aku).....E.N. R (eat and run )..kata depa dulu.. bukan kata aku.... tapi ini juga bukan projek sulung ke kinabalu kerana saudara atam telah pun berjaya melaksanakannyer dulu.. aku tak ingat dah tahun bila.... Oleh itu projek ini diharap akan menjadi kenangan terindah dalam perjalanan hidup kami.... Projek ini dirancang kembali bagi bertujuan mengumpulkan kembali rakan - rakan lama dalam team "kembara" bagi melaksanakan the final mission ini....

wahai ' sahabat-sahabat ku semua sudah sampai masanyer untuk kita bersatu hati , bersatu tenaga dan bersatu lemak skit skit sorang dalam meneruskan perjuangan yang sia sia ini....sudah tiba masanyer untuk kita mencari sisa sisa semangat yang hilang dan bag "karimmor "yang tersadai entah kemana , sleeping bag "dueter" yang pernah menjadi pujaan hati , dapur camping gas yang tah hidup atau pun mati , torchlight "mag-lite" semoga dia tak malap atau malehh , khemah "coleman" erkk ini tak payah kot pasal sekarang kita tido chalet bro....

Usap dan sapulah debu debu kehidupan yang melekat di badan ini... kot kalau ade sawang sawang sekali tu jangan dibawak labah-labahnyer....mahu manangis pekakas pekakas kita ini yang dah lama merindukan tuan tuannyer..agar dapat menabur bakti buat kali terakhir.. setelah sekian lama terperok , tersorok , tergumpal , tersepit , tertindih didalam lipatan sejarah di bawah katil.....

wahai sahabat....jom kayuhh .."pemgembaraan kita bermula dari kita melangkah keluar dari bilik "

No comments:

Post a Comment